Bintang Barcelona, Frenkie De  Jong jelas tidak berpuas hati dengan tindakan Dani Carvajal ke ata Lamine Yamal.

Sebelum perlawanan, Dani Carvajal sudah memberitahu wartawan bahawa dia akan bersemuka secara peribadi dengan Lamine Yamal dan cuba menasihati pemain itu sebagai seorang pemain senior, memandangkan mereka adalah rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan.

Ianya berikutan komen Lamine Yamal sebelum perlawanan yang menuduh Real Madrid sentiasa menipu untuk menang dan suka merungut depan pengadil.

Selain itu Lamine Yamal memperlekehkan aura Santiago Bernabeu, dia berkata kepada streamer pro Real Madrid, Ibai Llanos: “Kami tidak takut dengan Bernabeu, berapa ya jaringan kami pada lawatan terakhir kami ke sana? Kami  menang 4-0  dan saya menjaringkan gol.”

Dalam el clasico pada awal pagi tadi  waktu Malaysia,  Real Madrid  menewaskan Barcelona. Dan selepas wisel penamat keadaan menjadi tegang,  Dani Carvajal memaki hamun Lamine Yamal dengan berkata: “Kamu ni terlalu banyak cakap,  kau cakap sekarang.”

Keadaan itu membuatkan keadaan tegang melibatkan pemain pemain daripada kedua dua pasukan.

Vinicius Jr kemudian dilihat cuba menyerang Lamine Yamal kerana tidak berpuas hati  dengan pemain muda itu. Vinicius terpaksa dihalang dan ditenangkan.

Frenkie De Jong mempersoalkan tindakan Dani  Carvajal sebagai seorang senior ke atas pemain muda negara mereka, Lamine Yamal.

De Jong berkata: “Jika Carvajal nak bercakap dengan Lamine, telefon atau mesej sahaja dia, jika kamu rasa dia tak patut keluarkan kenyataan seperti itu.

Kamu berdua rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, dan kenal antara satu sama lain. Kenapa perlu kamu cetuskan ketegangan atas padang?”