Berlaku kontroversi ketika sesi pengenalan pemain skuad Barcelona. Frenkie de Jong bukan sahaja menerima tepukan, malah turut dikecam dengan sorakan dan siulan daripada penyokong sendiri ketika kemunculannya di Camp Nou.
Sebahagian besar rasa tidak puas hati dipercayai berpunca daripada kecederaan yang dialami pemain Belanda itu serta cara pengurusannya dilakukan.
De Jong mengalami kecederaan ligamen ketika mewakili Belanda pada Piala Dunia di Amerika Utara, namun tahap sebenar kecederaan tersebut hanya diketahui kemudian.
Ini Sebab Frenkie De Jong Di ‘Boo’ Penyokong Barcelona
Laporan Goal mendakwa pemain berusia 29 tahun itu berdegil enggan menjalani pembedahan dan sebaliknya memilih rawatan konservatif mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong.
Bagaimanapun, De Jong dengan tegas menafikan gambaran tersebut dan secara khusus mengkritik laporan yang dikeluarkan wartawan Sepanyol, Gerard Romero.
“Saya perhatikan banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar. Dia menegaskan bahawa dirinya melakukan segala yang termampu untuk kembali secepat mungkin dan berada dalam keadaan terbaik.”
Dengan kecederaan yang masih menghantuinya, De Jong dijangka akan terus diketepikan daripada skuad Barcelona untuk beberapa bulan lagi.
Bagaimanapun, kelab Catalan itu sekurang-kurangnya sudah mendapatkan pengganti berprofil tinggi di posisi tengah iaitu Rodri yang baru dinobatkan sebagai juara dunia dan ketika ini dianggap antara pemain tengah terbaik dunia telah menyertai skuad kendalian Hansi Flick itu.
Barcelona baru-baru ini mengesahkan secara rasmi perpindahan pemain Sepanyol itu dengan bayaran sebanyak €76.5 juta kepada Manchester City. Rodri menandatangani kontrak bersama Barcelona sehingga 2030.