Pemain pertahanan negara, Gabriel Palmero susur galur yang membolehkan beliau beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh Syafiq Ahlil di laman TikTok, Palmero menegaskan bahawa neneknya merupakan rakyat Malaysia.
Baca Juga:
- ‘Skandal Pemain Warisan’ – Media Indonesia Dakwa Malaysia Akan Dihukum FIFA

- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia

- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
Nenek Gabriel Palmero Rakyat Malaysia
“Ya, nenek saya orang sini (Malaysia). Namun begitu, saya dan juga dia (nenek) tidak pernah ke sini lagi,” katanya.

Palmero membuat penampilan sulung untuk Malaysia pada 29 Mei dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Cape Verde, yang berkesudahan dengan keputusan seri 1–1.
Tonggak Tenerife itu turun selaku pemain gantian ketika Malaysia menewaskan Vietnam dengan keputusan 4-0 di Stadium Nasiona, Bukit Jalil dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Peminat masih mempesoalkan mengenai status kaitan pemain warisan yang diturunkan dalam perlawanan baru-baru ini.
Ramai pihak mahu FAM untuk membuat penjelasan terperinci mengenai apa kaitan pemain warisan dengan Malaysia, sama ada dari atuk nenek atau ibu bapa pemain berkenaan.