Seorang wanita China tular di media sosial selepas mendakwa telah diperas ugut oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana gagal menunjukkan passport semasa ditahan di salah satu sekatan jalan raya di Kuala Lumpur.
“Seorang wanita warga China yang melancong ke Malaysia mendakwa dia ditahan oleh polis dan diperas ugut sebabyak RM200 ketika menaiki teksi bersama rakan warga Malaysia, kejadian ini membuatkan dia ‘terkejut’ dengan pasukan polis Malaysia!”

Baca Juga:
- Warga China Dipukul, Memandu Tanpa Lesen Di Malaysia Sehingga Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal
- Warga China Berusia 33 Tahun Beli Hartanah Bernilai RM371 Juta Secara Tunai Di Itali
- Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik
Dalam video tersebut, kelihatan pegawai polis meminta Kad Pengenalan (IC) wanita terbabit. Selepas diberitahu bahawa dia berasal dari China, pegawai polis terbabit terus meminta pasportnya. Wanita terbabit berkata bahawa dia telah meninggalkan pasportnya di hotel kerana takut hilang.
Pergi luar negara tak bawa pasport
Alasan? Takut Tercicir 🤦♂️
Lepas tu, siap tokok tambah kata polis akan harrass orang yang kulit putih dan ada rupa macam dia
PALING PROBLEMATIK, tajuk berani dia letak "AKU DIPERAS UGUT OLEH POLIS YG MEMBAWA SENAPANG DI MALAYSIA"@PDRMsia… pic.twitter.com/W0mX1zOPiJ
— Mandarinjer (@mandarinjer) April 3, 2023
Wanita terbabit kemudiannya berkata bahawa dia menawarkan untuk menunjukkan kepada pegawai polis terbabit lesen memandu dan dokumen lain, tetapi pegawai itu berkeras untuk melihat pasportnya.
Difahamkan bahawa pegawai berkenaan telah tampil berbincang dengan rakannya seorang warga Malaysia dan pemandu teksi. Dia kemudiannya diberitahu bahawa pegawai polis tersebut mahukan wang jika mahu semua perkara ini selesai.
Disebabkan dia tidak mempunyai wang ketika itu, pemandu teksi dan rakannya telah meminjamkan wang kepadanya. Dia mendakwa telah membayar sebanyak RM200 kepada pegawai berkenaan sebelum dilepaskan.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia ragu-ragu dengan cerita wanita berkenaan.
Sebahagian daripada netizen mendakwa bahawa tiada bukti daripada video tersebut yang menunjukkan bahawa pegawai tersebut telah memeras ugut beliau – walaupun wanita China terbabit sudah memberitahu bahawa dia diminta untuk menghentikan rakaman.
Tak ada pun video yang polis tu minta duit dengan dia. Perempuan busuk ni putar belit cerita je.
— a aril (@ahmdarl) April 3, 2023
Video tu mintak IC je. Tak de pun dengar mintak rm200 tu.
— MJazz (@MJazz70) April 3, 2023
Sebahagian netizen pula mendakwa bahawa wanita itu mereka-reka cerita untuk menutup kesalahannya sendiri.
My husband fam org spore and i can say that menipu je bagi alasan takut tercicir. My mil and husband always bawak passport dlm handbag dorg so that if anything happens, senang je nak guna altho living in their own country. Aku yg menumpang ni pon selalu malas nak bawak passport🫠
— aweenzz (@AAmiesyaz) April 3, 2023
Nak marahnyaaaa, fake and penipu betul eh pergi banyak countries tapi taktau pun kena bawak passport?! Are you for reallll?! I swear some foreigners are very problematic 😤😤
— 🐹 (@daniaaanazri) April 3, 2023
Kenyataan Polis
Menurut laporan Awani, PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap anggotanya yang didakwa memeras wang seorang wanita dipercayai pelancong China seperti dalam satu rakaman video yang tular sejak semalam.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, polis telah mengenal pasti anggota dan individu yang terlibat dalam kejadian itu.
“Kita akan panggil mereka untuk direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan.
“Selepas kertas siasatan lengkap, kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut.
Jika sabit dengan kesalahan, anggota polis itu boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Siasatan juga katanya dijalanken mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hati kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.