Sering kali hartanah yang berharga rendah kerap menjadi rebutan orang ramai. Bagi unit komersial, para pelabur antara yang berminat untuk mendapatkannya untuk disewakan pada harga yang berbaloi.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila sebuah hartanah di Elements Mall, Melaka Raya sedia untuk dilelong pada harga serendah RM17,000 sahaja menerusi perkongsian Facebook Selangor Auction Property.

Baca Juga:

Lebih mengejutkan lagi, difahamkan harga  rendah yang ditawarkan ini berikutan tiada pembida sebelumnya sekaligus membawa kepada lelongan ke 20 bagi hartanah ini.

Berdasarkan semakan, hartanah dengan keluasan 128 kaki persegi ini pernah dibida pada harga mencecah RM160,000 pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun, keadaan terkini kawasan tersebut membuatkan hartanah ini tidak lagi menjadi pilihan walaupun ditawarkan pada harga yang rendah.

Sumber