Sehingga kini, sangat sukar untuk kita mengetahui informasi berkaitan Korea Utara kerana negara itu sangat menyimpan rahsia. Maklumat yang boleh didapati hanyalah daripada wartawan yang sudah ke sana sahaja.

Namun baru-baru ini pula, jenis model telefon yang dipercayai digunakan oleh pemerintah negara itu, Kim Jong Un telah menjadi perhatian ramai. Hal ini kerana pemimpin ini sangat menekankan penggunaan produk buatan negara mereka sahaja.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Korean JoonAng Daily

Gambar itu bagaimana memperlihatkan model telefon yang berada di atas atas meja hadapannya yang menyerupai telefon pintar dari jenama Samsung Galaxy Z Flip dari Korea Selatan atau Huawei Pocket S dari China.

Memetik laporan Korea JoongAng Daily, jenis model telefon tersebut jadi perhatian setelah gambar Kim Jong-un ketika majlis pelancaran peluru berpandu balistik antara benua beberapa hari lepas dikongsikan oleh akhbar rasmi Korea Utara.

Dalam gambar tersebut, terdapat sebuah objek yang dipercayai gajet telefon di atas meja di depan Kim Jong-Un.

Jenis model telefon bimbit yang digunakan oleh pemerintah Korea Utara itu telah mencetuskan spekulasi.

Ada yang berpendapat jika gajet tersebut benar-benar merupakan telefon lipat, ia dipercayai telah diseludup masuk ke Korea Utara melalui China.

Untuk pengetahuan semua, Korea Utara telah dilarang untuk mengimport atau mengeksport barangan elektronik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sebelum ini, Kim Jong-un dilaporkan meminati gajet-gajet elektronik.Namun, menurut Agensi Risikan Pusat atau Central Intelligence Agency (CIA), hanya 19% daripada populasi penduduk di Korea Utara yang mempunyai telefon bimbit.