Bukan lagi rahsia, Proton akan melancarkan model Proton Saga yang diperkemaskini.
Model tersebut dikenali sebagai Proton Saga MC3.
Baca Juga:
- PROTON Tawar Program ‘Trade-In’ Kereta Lama, Dapat Diskaun RM2,000 & Pengecualian Cukai Jalan Setahun

- Pelanggan Luar Negara Kongsi Sebab Pilih Proton X50 Berbanding Jenama Terkenal Lain

- Proton X50 & X90 Jadi ‘Safety Car’, ‘Support Car’ Acara Lumba Kereta Terkemuka Di Afrika Selatan

Terdapat pengguna jalan raya nampak kereta tersebut yang sedang dipandu uji di jalan raya awam.
Walau badan kereta penuh dengan pelekat samaran, pakar pereka konsep digital, Theottle telah menterjermahkan gambaran model kereta tersebut.


Gambaran awal menunjukkan kereta tersebut miliki rekaan baharu seperti bampar, lampu hadapan dan corak gril selari dengan model-model Proton terkini.
Bahagian bonet belakang juga menerima sentuhan, lampu belakang baharu dan penutup but yang direka semula.
Proton dijangka bakal melancarkan model Saga MC3 itu sekitar Q4 tahun ini. Info lanjut kita akan ketahui bersama dalam beberapa bulan akan datang.