Seorang YouTuber bernama Garbage Time yang suka buat kerja gila dan bereksperimen dengan kereta yang dikira sebagai tidak bernilai menjadi perhatian selepas videonya melenjan kereta nasional Malaysia di dalam litar lumba profesional.
Pada mulanya, dia menceritakan bagaimana kereta Mitsubishi Evo untuk tujuan lumba mengalami masalah, maka pada sesi itu di cuba membawa kereta Proton Saga yang dimiliknya di dalam koleksinya.
Diberi gelaran Gobber, kereta belasahan ini telah diservis dengan penuh ‘brutal’ apabila menggunakan pepsi sebagai coolant dan nutella sebagai minyak enjin.
Memang benarlah Garbage Time betul mencabar kemampuan dan ketahanan sehingga had maksimum kerana selepas itu dia menguji kereta Saga itu di dalam litar lumba.
Di dalam video itu, kereta Proton Saga memperlihatkan keadaan pemanduan yang bagus. Namun sewaktu di selekoh berlakunya understeer tetapi masih terkawal dan mampu mengikuti kereta BMW di hadapan dengan lancar.
Menariknya, dia berjaya mencapai tahap kelajuan tertinggi sekitar 97 mph yang mana dikira sangat laju dari pemanduan biasa.
Dia malah memuji akan kehebatan kereta Saga yang mampu bertahan walaupun menempuh pelbagai ‘penderaan’ dan menjangkaui jangkaan ramai.
‘Proton, Macam mana anda buat? Orang ramai cakap pasal Toyota, nahh, pilih Proton. Di sini ada keajaiban(sambil tunjuk ke arah enjin),” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komentar, netizen luar teruja melihat bagaimana kereta Proton Saga masih boleh berfungsi dengan baik walaupun melalui pelbagai eksperimen.
Malah, ada yang mendakwa ini adalah iklan terbaik untuk Proton yang sekaligus menarik minat untuk mereka memiliknya. Dalam pada itu, ada yang mahu lelaki itu untuk membuat projek Saga versi track untuk lihat sejauh mana boleh pergi kemampuannya.