Setiap tahun, apabila bulan Syawal bakal menjelang tiba, saluran YouTube pasti trending dengan pelbagai video hari raya yang mengusik jiwa dan mengamit memori setiap penonton.

Di sini kami kongsikan 18 video hari raya 2023 yang sangat berkait kepada orang ramai bersempena bulan Syawal bakal tiba tidak lama lagi.

Harga Keyakinan Di Aidilfitri | CIMB

Karya bermakna dari CIMB ini mengisahkan kehidupan Fuad dan Sarah yang mana sejak awal perkahwinan Sarah merasakan suaminya, Fuad seorang yang tidak romantik.

Namun, lama-kelamaan Sarah sedar walaupun tidak romantik, Fuad seorang yang kuat bekerja dan itu semua demi kebahagiaan mereka untuk kehidupan lebih terjamin.

Dilema Irama | PETRONAS

Filem Aidilfitri PETRONAS tahun ini mengangkat muzik tradisional dengan menampilkan konflik pertembungan irama dua generasi.

Pergeseran tercetus antara Man Gambus dan anaknya, Nadim apabila Nadim dengan berat hati bersetuju untuk bermain gambus dalam kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa.

Namun, persembahan itu berakhir dengan persengketaan antara mereka berdua.

Wow Syoknya Raya | PTPTN

Tonton dan meriahkan sambutan Syawal dengan lagu raya dari PTPTN. Pendeposit juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan hampir RM50,000 menerusi cabutan WOW! Syoknya Raya.

Simpan Lebih, Peluang Menang Pun Lebih!

Kaki Kumpul Hati | Petron

Hati Putri Elisya Tasnim (P.E.T) terus terpaut apabila dia bertemu semula dengan rakan lamanya, RON.

Namun, tabiat RON yang suka mengumpul baucar, mata ganjaran dan barangan percuma menyebabkan Putri kerap hilang sabar.

Jom tonton, #KakiKumpulHati, untuk mengetahui apa yang terjadi antara mereka berdua.

Zapin TerPaling Raya | Tune Protect

Tampil berbeza tahun ini, Tune Protect menghasilkan filem animasi muzikal yang berkisarkan tentang T.P. yang dilamun cinta si Tipah.

Namun, siapa sangka si kerbau cemburukan cinta mereka hinggakan sanggup menjadi penyondol.

Jalinkan Hubungan Bermakna Bersama Pepsi

Benar teknologi mampu mendekatkan yang jauh namun dapatkan ia mengeratkan mereka yang dekat?

Sempena Syawal ini, ayuh ‘offline’ dan jalinkan hubungan bermakna bersama keluarga tersayang.

Jodoh Syafiderella | Safi

Filem raya muzikal dari Safi ini bakal membuatkan penonton terikut sama menyanyi. Ikuti kisah Syafiderella dan Amir yang penuh cabaran.

Dapatkah mereka berdua bersatu di rumah terbuka Amir?

Rap Off Hidangan Raya | Yoodo

Video animasi kreatif Yoodo menampilkan enam juadah raya berentap dalam ‘rap off’ untuk merebut gelaran kegemaran anda.

Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali | LBS Bina Group

Sambutan raya tahun ini lebih EKSTRAAAA bagi keluarga Badrul. Siapakah Badrul?

Saksikan gelagat keluarga Badrul menyambut lebaran dengan penuh kemeriahan dalam iklan pendek Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali.

Raya ada BAEK dengan GoPayz

Persiapan lebaran Adnan pastinya lebih mudah dengan adanya GoPayz. Semuanya hanya dalam satu aplikasi!

Raya Bersama | Sime Darby Property

Filem raya pendek dari Sime Darby Property ini menonjolkan pelbagai peristiwa penting ketika berada di meja.

Bermula daripada pertemuan semula dengan keluarga, bekerjasama dengan rakan sekerja sehinggalah membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Joget Opah | JASMINE

Video pendek ini bakal membuatkan penonton sebak melihat pengorbanan seorang nenek demi memberikan Syawal yang terbaik buat cucunya.

Gambar Pagi Raya | Air Selangor

Tidak lengkap hari raya jika tidak mengabadikan potret bersama keluarga tercinta.

Namun, gambar juga menjadi punca kenapa Anis marah dengan keluarganya.

Memoir Raya | redONE

Filem pendek yang diinspirasikan dari kisah benar ini bakal membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Mak Kau Tak Hijau | Gamuda Land

Warna hijau sememangnya sinonim dengan hari raya. Tetapi, tahukah anda ada maksud lain di sebalik perkataan hijau?

Eratkan Jalinan dengan Tropicana Twister

Suasana meriah beraya di kampung, berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara menjadi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dan rahmat yang besar di hari raya.

Namun, tidak semua orang berpeluang atau berkemampuan untuk meraikan lebaran bersama keluarga di kampung halaman.

Tak Ada Lemang, Tak Lengkap Raya | Lalamove

Sekali dalam seumur hidup pasti ada insiden terlupa membuat persiapan secukupnya untuk juadah hari raya terutama makanan penting seperti lemang atau ketupat.

Semanis Senyumanmu | CSR

Sama-sama sedekahkan senyuman sesama insan, tanpa mengira perbezaan.