Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan menyatakan sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu.

Oleh kerana itu, urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 1 September hingga 7 September 2026.

“Orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan tersebut sepanjang tempoh berkenaan,” kata JPN.

Tambahnya lagi, bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

“JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan ini serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

“Nantikan perkembangan selanjutnya mengenai MyKad Generasi Baharu melalui saluran rasmi JPN,” jelasnya.