Di dalam aspek pengurusan wang yang bagus, kita disaran untuk mengurangkan hutang jahat. Namun, kehadiran media sosial dan tekanan kenalan rapat juga boleh menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi standard golongan M40 dan selebihnya.

Menerusi akaun X @meinmokhtar, seorang wanita dengan identiti dirahsikan berkongsi situasi kewangan yang meruncing berlaku di dalam hidupnya ketika ini apabila pinggang dikelilingi hutang.

Wanita berusia 27 tahun ini mendedahkan yang dia kini memiliki hutang hampir ratusan ribu rinnggit dek kerana terlalu ikutkan jangkaan keluarga dan kenalan rapat yang datang dari golongan M40.

“Biasa orang share pasal aset. Aku nak share pasal hutang. Hutang kereta RM40,000 dengan ansuran 9 tahun, hutang peribadi RM38,000 ansuran 7 tahun, kad kredit sebanyak RM15,000 dan akhir kali sewa berjumlah RM500,” kongsinya.

Selain tidak memiliki aset, dia turut memberitahu gaji asasnya pula hanya sekitar RM2,400 dan bergantung komisen pada setiap bulan untuk dapat angka yang lebih lagi.

Memandangkan memiliki latar belakang keluarga dan rakan dari golongan M40, mereka beranggapan wanita ini akan mengikut gaya hidup seperti mereka.

Di sudut hatinya, dia sangat malu nak bercakap miliki hutang yang banyak ekoran tekanan orang terdekat sendiri malah cuba mengubah nasib dengan mencari kerja lain tetapi tiada rezeki lagi.

Perkongsian tersebut langsung meraih perhatian netizen dan rata-ratanya bersimpati dengan situasi kewangan yang membarah itu dan mereka merasakan inilah realiti sebenar kewangan dikalangan golongan muda hari ini.

M40
Sumber Gambar: X
M40
Sumber Gambar: X

Ramai menasihati agar tidak terlalu mengikut gaya hidup orang lain sehingga membebankan diri di kemudian hari pula. Di samping itu, netizen turut meminta wanita itu untuk pergi berbincang dengan pihak bank dan AKPK dalam mendapat khidmat nasihat dan ansuran yang lebih rendah.

Perkara ini bukan sahaja terjadi pada wanita ini kerana berdasarkan kaji selidik pun mendedahkan majoriti golongan muda bahkan tidak memiliki RM1,000 sebagai wang kecemasan di dalam akaun bank masing-masing.