Sikap Alejandro Garnacho ketika bersama Manchester United sering kali dikritik serta turut terlibat dalam pertelingkahan terbuka dengan Ruben Amorim.
Keadaan tersebut membuatkan pemain kelahiran Madrid itu disisihkan daripada pasukan bersama-sama Marcus Rashford, Antony dan beberapa pemain lain.
Baca Juga:
- Alejandro Garnacho Dedah Alasan Mengapa Chelsea Sesuai Dengan Dirinya

- Alejandro Garnacho Ugut Man United, ‘Jual Atau Makan Gaji Buta’

- Amorim Dedah Punca Garnacho Disingkirkan Dari Skuad Man Utd

Penantian Garnacho akhirnya terlerai selepas beliau menandatangani kontrak bersama Chelsea pada 30 Ogos lalu dan beliau kelihatan cukup gembira serta bersemangat untuk melangkah ke hadapan selepas melalui detik sukar dalam kariernya.
Walaupun tidak menikmati detik indah bersama Manchester United, Alejandro Garnacho memilih untuk tidak menyerang bekas kelabnya walaupun perpisahan mereka berlaku dalam keadaan pahit.
Beliau mengambil sikap lebih profesional dan memberikan fokus sepenuhnya dalam usaha membantu Chelsea.
Garnacho Dah ‘Move On’
“Saya tiada apa yang buruk untuk diperkatakan mengenai bekas kelab saya, Manchester United, cuma detik-detik sukar dalam hidup.”
“Saya sangat gembira berada di sini [merujuk kepada Chelsea] sekarang, bermain dalam kejohanan ini [UEFA Champions League] dan meraih 3 mata hari ini,” ujar beliau menurut sumber laporan Goal.
Garnacho yang beraksi selama 61 minit pada aksi UCL bertemu Benfica awal pagi tadi menjadi punca kepada jaringan kemenangan Chelsea selepas hantaran lintangnya pada minit ke-18 membias terkena kaki Ricardo Rios lalu bola masuk ke dalam gawangnya sendiri.
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca turut memuji sumbangan pemain sayap berusia 21 tahun itu yang menjelmakan serangan serta menjalankan tugas dengan baik ketika situasi tanpa bola.