Rekrut baharu Chelsea, Alejandro Garnacho yang digelar ‘budak toksik’ dalam kelab lamanya, Manchester United menjelaskan mengapa The Blues adalah pilihan yang sesuai untuk diri beliau.

Garnacho menyifatkan Chelsea sebagai kelab terbaik di dunia dan menjelaskan mengapa beliau merasakan perpindahan itu masuk akal dari sudut bola sepak.

Baca Juga:

Garnacho tiba di Stamford Bridge dengan kontrak selama tujuh tahun dalam perpindahan bernilai £40 juta dimana ia satu jumlah yang boleh dianggap berbaloi sekiranya Garnacho berjaya mencapai potensi penuhnya bersama Chelsea.

“Detik-detik seperti ini memberikan rasa tersendiri, dan anda mahu terus menang. Bila anda sampai ke final, anda mahu menjaringkan gol dan memenangi trofi.”

“Inilah mentaliti saya,” ujar Garnacho menurut sumber laporan Goal.

“Saya mempunyai mentaliti seorang pemenang. Saya ada semangat dan personaliti yang besar. Ia sangat sesuai dengan kelab seperti Chelsea, yang baru sahaja menjuarai Piala Dunia Kelab.”

“Chelsea sekarang berada di puncak dan penting untuk berjuang demi kelab seperti mana yang penyokong layak nikmatinya.”

“Saya menonton Piala Dunia Kelab itu dan dapat menyertai juara dunia adalah sesuatu yang istimewa. Ia bermaksud kami adalah pasukan terbaik di dunia!

“Bukan perkara biasa untuk bermain banyak perlawanan pada usia ini, tetapi ia sangat membantu saya. Saya baru berusia 21 tahun dan saya sudah ada banyak pengalaman daripada pelbagai jenis perlawanan, stadium dan detik-detik berbeza.”

Enzo Fernandez Main Peranan Faktor Garnacho Ke Chelsea

Pemain sayap lincah itu juga mengakui pengaruh rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Argentina, Enzo Fernandez antara faktor merintis kepada perpindahan tersebut.

“Saya ada bercakap dengan Enzo sepanjang musim panas kerana dia selalu tanya, ‘Bila kau nak datang, bila kau nak datang?”

“Saya asyik cakap padanya supaya bersabar dan kami akan bermain bersama.”

“Dia mesej saya bila saya sertai Chelsea untuk ucap tahniah dan saya tak sabar nak jumpa dia serta bermain bersama.”

“Saya sendiri pun kena bersabar, tapi sekarang saya benar-benar tak sabar nak mulakan,” ujar Garnacho lagi.

Sumber