Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mendedahkan ‘perkara tidak berjalan seperti yang diharapkan’ menjadi sebab utama beliau menggugurkan Alejandro Garnacho daripada skuad Manchester United.

Pemain sayap Argentina itu dilaporkan menjalani latihan berasingan daripada skuad utama dan kini dijangka akan meninggalkan The Red Devils.

Baca Juga:

Pada ketika ini Garnacho begitu terdesak untuk meninggalkan pasukan dan cukup berminat untuk berhijrah ke Chelsea dimana Enzo Maresca turut mahukan khidmatnya.

Ruben Amorim
Alejandro Garnacho

Pemain sayap berusia 21 tahun itu juga tidak dibawa ke Amerika Syarikat untuk aksi pra-musim yang sekali gus menguatkan spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford yang kini hampir pasti akan berakhir.

Amorim Buka Mulut Isu Garnacho

“Garnacho seorang pemain muda yang sangat berbakat, tetapi kadang-kadang ada perkara yang tidak menjadi. Ia sukar untuk dijelaskan secara spesifik.”

“Tetapi saya merasakan bahawa Garnacho mahukan sesuatu yang berbeza dengan gaya kepimpinan yang juga berbeza. Dan saya boleh faham perkara itu.”

Amorim Dedah Punca Garnacho Disingkirkan Dari Skuad Man Utd
Sumber Gambar: Manchester United

“Ia bukan satu masalah. Kadang-kadang seseorang pemain boleh menyesuaikan diri dengan jurulatih tertentu, ada hubungan yang serasi. Tetapi ada masanya, mereka mahukan cabaran baharu.”

“Kami cuba pastikan semuanya berjalan lancar untuk semua pihak melibatkan kelab, jurulatih dan juga pemain.”

“Ini perkara biasa dalam dunia bola sepak,” ujar Amorim menurut sumber laporan Goal.

 

Sumber