Ketua jurulatih Chine Taipei, Gary White menegaskan pasukannya datang ke Malaysia untuk meraih kemenangan dan tidak akan memberikan laluan mudah kepada skuad Harimau Malaya dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Menurut satu video yang dimuat naik oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhemli Zainal Azam, Gary menegaskan pasukannya akan memberikan cabaran sengit kepada pemain negara.
Baca Juga:
- Kim Pan-gon Optimis Malaysia Mampu Layak Ke Pusingan Ketiga
- Kim Pan-gon Sukar Terima Kenyataan, Sebak Lihat Faisal Halim
- Tunku Mahkota Ismail: Kalau Nak Habiskan Orang, Saya Ada ‘Target’ Lebih Besar
"We came here not for holiday", Chinese Taipei tak kan bagi chance to Harimau Malaya, infact Gary White tegaskan pasukanya datang untuk menang!@ASTROARENA pic.twitter.com/HMVsn1Af14
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 10, 2024
“Ia tidak akan menjadi satu perlawanan yang mudah, kami tidak akan bertahan. Kami mahu memenangi perlawanan. Para pemain akan menampilkan prestasi terbaik. Kita lihat selepas perlawanan tamat. Biar pemain menjalankan tugas mereka,” kata Gary White ketika sidang media sebelum perlawanan di Wisma FAM, hari ini.
Untuk layak, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya lebih 8 gol untuk memadam kelebihan jaringan yang dimiliki oleh Kyrgyzstan jika terikat jumlah mata yang sama.
Ianya sukar tetapi tak mustahil memandangkan mereka pernah menewaskan Papua New Guinea 10-0 di tempat sendiri.
“Kami pernah menang 10-0 ke atas Papua New Guinea yang menduduki ranking lebih tinggi daripada kami, waktu itu kami menang besar. Kami yakin dapat lakukan sesuatu (di Bukit Jalil ke atas Taiwan).
“Kami sedar Kyrgyzstan ada kelebihan jaringan. Tapi kami mungkin boleh jaringkan lebih daripada 8 gol di tempat sendiri nanti.
“Kami juga ada kelebihan. Adakah anda masih ingat, Kyrgyzstan juga dibolosi empat gol sebelum ini.
“Kami akan cuba sebaik mungkin, kami menang 7-0 dan anda (Kyrgyzstan) kalah 2-0 dah tentu kami mara,” kata pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Ketika ini, Malaysia berada di kedudukan ketiga kumpulan D dengan tujuh mata ketinggalan tiga mata di belakang Kyrgyzstan yang menghuni tangga kedua. Oman yang menewaskan pasukan tercorot, Taiwan 3-0 menghuni tangga teratas dengan 12 mata sekaligus mengesahkan tempat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 serta layak secara automatik ke Piala Asia 2027.