Peluang skuad Harimau Malaya untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 masih ada selepas mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Kyrgyzstan di Bishek semalam.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ketiga kumpulan D dengan tujuh mata ketinggalan tiga mata di belakang Kyrgyzstan yang menghuni tangga kedua.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Oman yang menewaskan pasukan tercorot, Taiwan 3-0 menghuni tangga teratas dengan 12 mata sekaligus mengesahkan tempat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 serta layak secara automatik ke Piala Asia 2027.
Untuk layak, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya lebih 8 gol untuk memadam kelebihan jaringan yang dimiliki oleh Kyrgyzstan jika terikat jumlah mata yang sama.
Ianya sukar tetapi tak mustahil memandangkan mereka pernah menewaskan Papua New Guinea 10-0 di tempat sendiri.
“Kami pernah menang 10-0 ke atas Papua New Guinea yang menduduki ranking lebih tinggi daripada kami, waktu itu kami menang besar. Kami yakin dapat lakukan sesuatu (di Bukit Jalil ke atas Taiwan),” katanya.
“Kami sedar Kyrgyzstan ada kelebihan jaringan. Tapi kami mungkin boleh jaringkan lebih daripada 8 gol di tempat sendiri nanti.
“Kami juga ada kelebihan. Adakah anda masih ingat, Kyrgyzstan juga dibolosi empat gol sebelum ini.
“Kami akan cuba sebaik mungkin, kami menang 7-0 dan anda (Kyrgyzstan) kalah 2-0 dah tentu kami mara,” kata pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon.
Justeru itu, sokongan padu penyokong diperlukan untuk memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika perlawanan menentang Taiwan pada 11 Jun ini.