Setiap orang mempunyai kenderaan kegemarannya yang tersendiri, sama ada bertayar dua ataupun empat.

Bukan sekadar untuk digunakan setiap hari dan memudahkan urusan untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Sebaliknya, kenderaan dan pemiliknya mempunyai hubungan istimewa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya jentera dan pemiliknya sahaja lebih memahami daripada orang lain.

Begitulah Honda, mencipta motosikal yang boleh memenuhi keperluaan orang ramai, dan mencipta memori-memori manis sepanjang menunggang motosikal mereka.

Nampak ‘cool’ dan ‘sporty’ ketika menunggang

Pada masa kini ‘first look‘ itu memainkan peranan penting. Daripada situ orang ramai akan memberikan ‘satu pandangan hormat’ kepada diri kita.

Jika dibandingkan dengan motosikal lain, HONDA RS-X serba baharu tampil dengan rekaan ‘cool‘ dan ‘sporty‘.

Rekaannya dicipta tampak sporty serta agresif pada headlight dan tailight, speedometer digital sepenuhnya, muffler — sesuai dengan pengguna yang mahu sentiasa berasa selesa dan berkeyakinan tinggi semasa menunggangnya.

Anda mempunyai tiga warna pilihan menarik dan striking yang terdiri daripada Trico Edition (Merah, Biru dan Hitam), Candy Caribbean Blue Sea (Biru) dan Lemon Ice Yellow (Kuning).

Tampil ciri-ciri terbaharu dan terkini

Dengan HONDA RS-X, pengendaliannya sangatlah mudah dengan adanya teknologi-teknologi terkini dan canggih yang sesuai dengan zaman ini.

Kini dengan speedometer digital sepenuhnya dapat memudahkan anda melihat indikator motosikal kesayangan dengan sekali pandang sahaja. Antara indikator digital yang ditunjukkan adalah kelajuan, gear, RPM, purata jumlah perjalanan dan tangki minyak.

Dengan paparan digital yang jelas, ia juga sangat membantu anda semasa menunggang motosikal pada waktu malam.

Pada masa sama dengan adanya soket USB, kini anda boleh mengecas apa-apa peralatan gajet semasa membawa motosikal, lebih-lebih lagi apabila menggunakan aplikasi Waze. Jadi anda tiada masalah kekurangan bateri telefon apabila sampai ke destinasi yang dituju.

Tunggangan yang lebih berkuasa dan keselamatan diutamakan

Anda tiada masalah untuk menunggang sama ada untuk jarak dekat mahupun jauh dengan enjin DOHC 6-kelajuan yang ada pada HONDA RS-X.

Ditambah pula dengan sistem Anti-Lock Braking System (ABS), yang dapat membantu anda mengawal motosikal ketika brek mengejut — di sini keyakinan anda bertambah setiap kali menunggang motosikal tersebut.

Tidak kira waktu awal pagi atau lewat malam anda menunggang, headlight dan taillight LED mampu menerangi pandangan hadapan anda dan pada sama pengguna jalan raya boleh perasan anda berada di hadapan mereka.

Banyak kelebihan selepas menjadi seorang pemilik HONDA RS-X ia memenuhi keperluan penunggang pada masa kini daripada segi style, teknologi dan ciri keselamatan .

Hidup dalam satu komuniti, kelebihan yang tiada tolok-bandingannya dirasai, kehidupan lebih harmoni — hanya Bersama Honda.

Bagi anda yang mahu dapatkan info HONDA RS-X lebih lagi, anda boleh baca sepenuhnya di sini.