General Motors merupakan syarikat pembuat kereta terkemuka di sebalik Chevrolet, GMC, Cadilac dan Buick. Dengan populariti perkhidmatan ChatGPT pada hari ini, syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk menggunakan teknologi tersebut sebagai ganti kepada buku manual kenderaan.
Bagaimanapun, implementasi pihak GM dijangka berbeza sedikit, di mana ia bakal diintegrasikan bersama sokongan arahan berasaskan suara. Sehubungan itu, GM akan membangunkan teknologi arahan suara yang diintegrasikan dengan ChatGPT.
Baca Juga:
- ‘ChatGPT Bakal Mengubah Dunia Kita’- Bill Gates
- ChatGPT Dilaporkan Berjaya Lulus Peperiksaan Perubatan Paling Sukar Di Dunia
- ‘ChatGPT Kurang Sesuai Dijadikan Sebagai Rujukan Agama’ – Bekas Mufti WP
Hal ini supaya boleh menjawab kesemua soalan yang dilontarkan oleh pengguna apabila menghadapi masalah. Selain itu, GM juga dijangka mengintegrasikan ChatGPT dengan penyedia baik-pulih yang mana membolehkan pengguna terus membuat temu janji bersama bengkel.
Pihak GM juga mengatakan ini bukanlah satu evolusi penggunaan arahan suara sahaja yang mana pengguna boleh menjangkakan kenderaan yang diterima kelak jauh lebih berkemampuan dan maju. Buat masa ini, masih belum diketahui lagi bilakah pihak GM akan mengimplementasi integrasi ini pada kenderaan keluaran mereka.