Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menerima kunjungan jaguh Thailand, Chonburi FC untuk aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim pada 20 dan 22 Mac ini.
Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Chonburi FC yang mengesahkan mereka akan berangkat ke Johor sebagai perlawanan latihan sebelum Liga Thailand kembali bersambung minggu depan.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Ketika ini saingan liga di Thailand berehat sebentar untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan negara itu bagi mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.
"ฉลามชล" ชลบุรี เอฟซี @ChonFCOfficial เตรียมขน 23 นักเตะ บินลัดฟ้า ดวลกับ “เสือใต้” ยะโฮร์ ดารุล ทาซิม @OfficialJohor
🦈🇹🇭🆚🇲🇾🐅 #JdtChon
พร้อมเตะอุ่นเครื่องนัดแรก 20 มี.ค. และนัดที่สอง ในวันที่ 22 มี.ค. ที่ สนามซุลตาน อิบราฮิม ที่มีความจุ 40,000 ที่นั่ง pic.twitter.com/x2hAqPpEoj
— Chonburi FC Official (@ChonFCOfficial) March 15, 2024
Chonburi yang kini menghuni kedudukan ke-11 dalam saingan Liga Thailand 1 2023/24 akan membawa 23 pemain ke Johor termasuk bekas pemain import yang pernah beraksi di Liga Malaysia seperti Herlison Caion dan Wilian Lira.
Chonburi merupakan kelab kedua dari Thailand menjadikan Johor sebagai lokasi kem latihan bulan ini selepas Police Tero FC yang tiba pada 13 Mac lepas. Mereka juga dibawa melawat fasiliti latihan milik JDT.
Kem latihan di Johor dirancang untuk memulihkan semula prestasi kelab tersebut dalam misi mengelakkan daripada tersingkir ke saingan divisyen 2 musim depan.
Police Tero cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana sering menjadi tempat pinjaman pemain dari JDT.
Pasukan yang kini dikendalikan oleh bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe itu tewas 0-5 kepada JDT pada aksi persahabatan yang diadakan secara tertutup di Stadium Sultan Ibrahim.