Sejak tahun 2023 lalu, orang ramai tertanya-tanya dengan kewujudan tapak pembinaan plaza tol di atas Genting Highlands.
Terbaharu, tular video-video menunjukkan satu plaza tol bertulis pada papan tanda ‘Gohtong Jaya Entry’ sudah mula menyalakan lampu pada waktu malam, dan lorong-lorong telah siap dipasang terminal pembayaran.
Baca Juga:
Video tersebut dirakam oleh beberapa pengguna laluan di Genting Highlands itu.
@fizahh24_ Sapa nk g umah kena tol 😅 #fyp #gentinghighlands #tol
Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, plaza tol itu berada di kawasan arah Batang Kali. Bukan di kawasan yang pernah tular sebelum ini.
Ramai warganet mempersoalkan kewujudan plaza tol itu. Namun ramai menegaskan tanah Genting Highlands merupakan tanah persendirian, jadi pemilik bebas untuk meletakkan plaza tol di situ.
Dalam pada itu warganet ‘mengeluh’, kos untuk ke Genting Highlands akan bertambah selepas ini.
