Hasil tinjauan RinggitPlus Malaysia mendapati golongan M40 semakin tertekan dengan beban kewangan mereka.
Menerusi perkongsian tinjauan RinggitPlus, hanya 23% golongan berpendapatan RM5,000-RM10,000 berjaya menyimpan antara RM1,001 hingga RM1,500 sebulan (29% pada 2024).
Baca Juga:
- Kerajaan Dicadang Wujudkan ‘Insurans Rahmah’ Untuk M40, T20

- ‘Kata Bina Rumah Mampu Milik, Realitinya B40 & M40 Tak Mampu Beli’

- Kerajaan Akan Gantikan Sistem B40, M40, Dan T20 – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Manakala 39% hanya mampu menyimpan RM500 atau kurang (31% pada 2024). Selain itu, hanya 27% mampu bertahan lebih daripada enam bulan dengan simpanan mereka (32% pada 2024).

Sementara golongan berpendapatan bawah RM2,000 pula menunjukkan peningkatan dalam perancangan dan kesedaran kewangan.
Sebanyak 55% telah mula merancang persaraan (48% pada 2024) dan hanya 40% daripada kumpulan ini menyatakan mereka tidak mengetahui tentang skor kredit (45% pada 2024).
Dalam pada itu, tahun ini, 22% rakyat Malaysia menyatakan simpanan KWSP mereka mencukupi untuk persaraan, berbanding 19% pada 2024.

Walaupun masih rendah, peningkatan ini merangkumi semua kumpulan pendapatan dan umur, menunjukkan tahap kesedaran yang lebih tinggi dan mungkin juga kesan daripada usaha berterusan dalam meningkatkan celik kewangan.
“Kami meninjau seramai 3,113 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, meliputi semua negeri dan wilayah persekutuan.
“Tinjauan dalam talian ini dijalankan dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan bahasa Cina bagi memastikan keterwakilan yang pelbagai serta pandangan yang menyeluruh,” kata RinggitPlus.