Salah seorang usahawan wanita dalam negara, Christy Ng mendapat pujian dari orang ramai selepas beliau mengutamakan keselesaan pekerja beragama Islam dalam beribadah.
Menerusi laman TikTok miliknya, Christy secara ringkas berkongsi proses menukar ruang kosong yang terbiar di pejabat menjadi ruang solat yang sesuai agar pekerja Islam dapat menunaikan solat dengan selesa.
Christy Ng Tak Sanggup Pekerja Beratur Untuk Solat

Menurut Christy lagi, langkah syarikat yang mengambil lebih ramai pekerja menyebabkan pekerja beragama Islam sering mengambil giliran ketika menunaikan solat.
Perkara ini kemudiannya membuatkan beliau untuk mengubah ruang kosong dipejabatnya menjadi surau yang lebih selesa.
“Kadang-kadang, mereka terpaksa bergilir-gilir untuk menunaikan solat. Saya tidak sanggup melihat mereka solat di ruang sempit,” kata Christy.
Christy Ng Minta Bantuan Siti Khadijah
Christy mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan bahan terbaik untuk surau, dengan bantuan pasukan kreatifnya sendiri. Christy juga meminta pendapat kakitangan yang lain untuk mendapatkan reka bentuk surau.
Christy memperoleh sejadah dan jubah daripada Siti Khadijah, kedai runcit popular untuk pakaian sembahyang dan aksesori di Malaysia.
“Saya memberitahu mereka untuk berdoa untuk syarikat kami, supaya kita semua dilindungi dengan rahmat-Nya,” kata Christy.
Ruangan komen dipenuhi dengan pujian dari netizen yang kagum dengan usaha dari seorang usahawan bukan Islam dalam menjaga ibadah pekerjanya yang beragama Islam.
Malah, sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi, ramai terutamanya kaum wanita mahu membeli beg Christy Ng untuk memberi sokongan kepada syarikat dan juga ahli perniagaan itu.
Langkah yang diambil oleh Christy wajar diikuti oleh semua majikan dalam negara bagi menyediakan ruang solat yang selesa sekaligus menjaga kebajikan pekerja.