Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan bahawa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai telah mengesan satu video berdurasi 17 saat berhubung pelanggaran peraturan lalu lintas di media sosial kira-kira jam 7 malam semalam.

Beliau berkata video berkenaan memaparkan sebuah kereta jenis Nissan GT-R berwarna ungu yang disyaki dipandu melawan arus di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dan berhenti di atas jalan raya.

Manakala seorang lelaki berbaju merah kelihatan berdiri di sebelah tersebut sambil memarahi pemandunya, petik China Press.

“Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada jam 8.05 pagi semalam dan pemandunya merupakan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun,” katanya.

Beliau berkata pihak polis telah mengeluarkan saman trafik kepada pemandu kereta sukan berkenaan di bawah Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas).

“Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000,” jelas beliau.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas, serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain demi menjaga keselamatan bersama.

Sumber