Kuala Krai, dan Gua Musang yang terletak di Kelantan telah dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia, menurut kenyataan X yang dikongsi oleh Menteri Besar Kelantan.
“Penjagaan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur adalah antara faktor penyumbang utama untuk 2 daerah ini menjadi antara 10 tempat paling bahagia di Malaysia.”
Baca Juga:
- Kos Sara Hidup Tinggi, Perbelanjaan Harian Di Gua Musang Sama Mahal Macam Kuala Lumpur
- Wanita Kelantan Ramai Kahwin Kontrak Dengan Warga Asing
- Netizen Persoal Syarikat Air Kelantan Beri ‘Duit Raya’ RM 10,000 Kepada Ahli Lembaga Pengarah
Tahniah jajahan Kuala Krai dan Gua Musang terpilih menjadi 10 bandar paling bahagia di Malaysia.
Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, antara aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagiaan adalah kualiti perkhidmatan yang diberikan PBT pic.twitter.com/EBAlPF9asl
— Menteri Besar Kelantan (@mb_kelantan) January 15, 2024
Indeks jenayah yang rendah turut menyumbang kepada faktor “tempat bahagia” di 2 daerah ini.
Ini bukan kali pertama daerah di Kelantan dinobatkan sebagai antara tempat gembira di Malaysia. Pada tahun 2019, Jeli, sebuah lagi daerah di Kelantan turut diiktiraf sebagai 1 daripada bandar paling gembira di Malaysia, selepas Taiping dan Seremban.
Selain Gua Musang dan Kuala Krai, Klang, dan Kuantan turut diiktiraf sebagai bandar raya Malaysia.