Kuala Krai, dan Gua Musang yang terletak di Kelantan telah dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia, menurut kenyataan X yang dikongsi oleh Menteri Besar Kelantan.

“Penjagaan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur adalah antara faktor penyumbang utama untuk 2 daerah ini menjadi antara 10 tempat paling bahagia di Malaysia.”

Baca Juga:

Indeks jenayah yang rendah turut menyumbang kepada faktor “tempat bahagia” di 2 daerah ini.

Ini bukan kali pertama daerah di Kelantan dinobatkan sebagai antara tempat gembira di Malaysia. Pada tahun 2019, Jeli, sebuah lagi daerah di Kelantan turut diiktiraf sebagai 1 daripada bandar paling gembira di Malaysia, selepas Taiping dan Seremban.

Selain Gua Musang dan Kuala Krai, Klang, dan Kuantan turut diiktiraf sebagai bandar raya Malaysia.