Karnival Jom Heboh (KJH) yang diadakan hampir setiap tahun ni memang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang best dan booth-booth yang meriah dari semua bidang!
Tahun ni, antara booth yang meriah ialah booth Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)! Ada pelbagai aktiviti yang ada kali ni yang membuatkan pengunjung teruja sepanjang acara tersebut berlangsung!
Pengunjung berpeluang untuk uji kepantasan mereka untuk membanteras scammer! Lain dari yang lain betul!
Admin tak terfikir pun untuk buat aktiviti banteras scammer ni! Memang di luar jangkaan! Patutlah ramai orang suka!
Di booth KWSP di Karnival Jom Heboh ni, pengunjung boleh bermain permainan yang menguji kepantasan membanteras scammer (Hammer The Scammer).
Selain itu, Reaction Game pula merupakan aktiviti di mana ia berjaya mempamerkan komitmen pengunjung untuk mendapatkan markah tertinggi untuk meningkatkan jumlah simpanan. Ha masa ni terus semua jadi kreatif habis!
Yang membuatkan pengunjung lebih ‘melekat’ di booth ini ialah dengan adanya pemberian-pemberian barangan cenderahati secara percuma termasuk soft ice cream dan kacang kuda serta aktiviti bersama Che Mamat Badut!
Semua ini bagi memastikan pengunjung booth KWSP KJH merasa selesa dan diraikan apabila melawat dan berurusan dengan KWSP dalam suasana yang lebih santai di luar premis dan pejabat KWSP.
Semua usaha ini adalah untuk mendekati masyarakat dengan lebih santai!
Kalau selalu korang ke pejabat atau premis KWSP akan rasa lebih formal kan, dengan pendekatan ini, dapatlah orang ramai rasa lebih relax dan mudah untuk berurusan. Nak tanya apa-apa pun mudah tak perlu risau.
Sebab perkhidmatan yang diberikan sama je macam dekat premis. Cuma suasana je yang berbeza.
Kalau korang nak tahu kenapa pendekatan sebegini dilakukan, ia kerana menurut Pengarah KWSP Wilayah Selatan, Dr Mohd Taib Ismail, berkata ini berikutan statistik KWSP mendapati terdapat ramai rakyat dalam kategori berkenaan di negeri ini masih belum mencarum dengan tabung simpanan persaraan itu.
Masih ramai lagi yang belum menjadi ahli KWSP
Hal ini boleh menjadikan golongan tersebut terjerumus di dalam kemiskinan pada usia emas kerana tiada simpanan yang mencukupi untuk menjamin masa depan mereka.
“Fokus utama KWSP adalah memastikan mereka yang berada dalam sektor tidak formal, seperti pekerja GIG dan mereka yang tidak ada pendapatan tetap untuk memulakan langkah membina tabung persaraan.”
Tambah beliau lagi “Sekitar 700,000 daripada satu juta penduduk adalah mereka berusia 15 hingga 64 tahun yang merupakan kumpulan sasaran dan daripada jumlah tersebut, sekitar 300,000 adalah ahli yang aktif mencarum setiap bulan”
Ini bermakna, masih ramai di luar sana belum menjadi ahli KWSP.
Sehubungan itu, usaha ini dilakukan oleh, bagi menyampaikan pelbagai informasi berkaitan skim-skim yang ditawarkan termasuk i-Saraan.
Hasilnya mengagumkan!
Secara keseluruhannya, penyertaan KWSP dalam KJH Melaka mencapai objektifnya dengan jumlah pengunjung ke booth yang cukup memberangsangkan!
Jangan risau, sebab lepas ni Karnival Jom Heboh akan ke Terengganu pula dan semestinya di sana nanti, pihak KWSP akan mengekalkan pelbagai tarikan untuk menarik minat pengunjung di Terengganu pula.
Ha jadi jangan lepaskan peluang! Ini la masanya untuk korang tanya semua soalan yang dah lama di fikiran korang tu ke pegawai-pegawai perkhidmatan KWSP yang sedia membantu!
Jumpa di Ganu, geng!