Pada 18 Disember lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi. pic.twitter.com/LFlTIURTiP
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 18, 2022
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Di sebalik pertemuan yang dikongsikan di media sosial di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dikurniakan kesihatan serta rahmat dan hidayah, para netizen nampaknya lebih berminat dengan stokin yang dipakai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut para netizen, stokin yang dipakai Datuk seri Anwar Ibrahim merupakan stokin murah yang boleh didapatkan di Kedai Eco pada harga serendah RM2.40 sahaja.
Tidak perlu stokin mahal untuk menjadi pemimpin hebat..
Tidak perlu pakaian yang mahal untuk menjadi pemimpin yang dihormati seluruh dunia. Yang lebih penting negara dan rakyat diutamakan. pic.twitter.com/4AoRXMtzKY— Saipolyazan 🇲🇾 (@saipolyazan383) December 18, 2022
Melihatkan kepada jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terdapat netizen yang teruja serta terkejut dengan pemilihan stokin ahli politik ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.
Habis la stokin kat kedai eco lepasni 😆 https://t.co/1nhcxwpeQ0
— Young Living | Siti Fairuz (@sitifyruz) December 18, 2022
Sales stokin DSAI 🆙🆙🆙🆙📈📈 https://t.co/F7uGHjmZPb
— Syafiq (@syafiqunzir) December 18, 2022
https://twitter.com/MZhafranAslam/status/1604494527825293315
Berdasarkan carian, stokin yang ditawarkan di Kedai Eco ini sedia untuk didapatkan secara dalam talian menerusi laman Shopee di mana anda mendapatkannya dengan klik di sini.