Pernah menjadi pemain Nombor Satu Dunia untuk beberapa tahun, Dato’ Wira Lee Chong Wei cukup terkenal di seluruh dunia dan namanya disegani ramai.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan Lee Chong Wei hadir ke temasya Sukan Asia yang sedang berlangsung di China untuk melihat atlet negara kita beraksi dalam saingan badminton.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video terbabit, dapat dilihat kehadirannya disambut dengan sorakan yang meriah oleh penonton ketika kamera memfokuskan kepada Lee Chong Wei.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata netizen kagum melihat bagaimana peminat di China menghargai wira negara kita.

Hadir Ke Sukan Asia Di China, Penonton Badminton Bersorak Lihat Lee Chong Wei

Malah, ada juga netizen yang mahu tahu bagaimana perasaan Lee Chong Wei menyaksikan aksi atlet negara ketika perlawanan tersebut berlansung.