Bulan Ramadhan bakal tiba. Pastinya ramai daripada anda berhajat untuk lebih memfokuskan kepada ibadah pada bulan ini. Buat anda yang berhajat untuk memantapkan lagi hafalan Al-Quran, sebuah pembangun tempatan telah menbangunkan aplikasi Hifz.

Dengan tagline ‘semua orang boleh menjadi hafiz’, Hifz menyediakan sebuah aplikasi dimana pengguna dapat mula menghafal Al-Quran dengan lebih mudah dan interaktif.

screen322x572 screen322x572 (1)

Secara asasnya, Hifz menyediakan sebuah Al-Quran pocket di dalam aplikasinya serta terkandung beberapa rancangan yang disediakan buat anda untuk menghabiskan sesebuah Surah dan Juzuk. Hifz juga menyediakan pelan khusus untuk anda khatam Al-Quran dengan memperuntukkan 30-60 minit sehari.

Bukan sekadar memfokuskan kepada hafalan, Hifz juga menyediakan tafsir daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Inggeris buat pengguna bagi membolehkan pengguna memahami dengan lebih lanjut hafalan mereka.

Tidak cukup interaktif sesebuah aplikasi pembelajaran jika tidak disediakan dengan quiz. Hifz mengambil pendekatan yang sama dengan menyediakan beberapa quiz bagi menguji ingatan para pengguna. Terbaik!

screen322x572 (2) screen322x572 (3)

Untuk membuat anda bersama rakan-rakan anda berlumba untuk habiskan hafal pada masa tertentu, Hifz turut memaparkan notifikasi jika rakan-rakan anda telah membuat hafalan ayat baru. Pastinya buatkan anda tidak mahu melepaskan peluang membuat hafalan dengan lebih banyak. Hifz turut menyediakan intergrasi untuk memaparkan notifikasi bagi mengigatkan pengguna untuk menghafal Al-Quran pada setiap hari.

Aplikasi Hifz setakat ini hanya boleh dimuat-turun oleh pengguna iPhone dan menyediakan penggunaan percuma untuk minggu yang pertama. Seterusnya, aplikasi ini hadir secara langganan iaitu $5.99 untuk 3 bulan, $7.99 untuk 6 bulan dan $9.99 untuk setahun. Harga yang sangat berbaloi untuk dilaburkan pada aplikasi yang terbaik seperti Hifz.

Sumber