FIFA dilaporkan menjalin kerjasama dengan kumpulan ternama dunia iaitu Coldplay bagi menjayakan pertunjukan pada rehat separuh masa yang diperkenalkan bagi temasya Piala Dunia 2026.

Baru-baru ini, Gianni Infantino mengesahkan perlawanan akhir temasya itu akan menampilkan persembahan separuh masa ala-ala Super Bowl, menandakan peralihan besar dalam sejarah sukan paling terkenal di dunia ini.

Baca Juga:

Piala Dunia 2026, yang akan dianjurkan bersama oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico, dijadualkan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

FIFA Dan Coldplay Bekerjasama

FIFA Coldplay

Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium MetLife di New Jersey, yang menjadi rumah bagi pasukan NFL New York Giants dan New York Jets.

Menurut laporan, kumpulan rock ternama dari British iaitu Coldplay yang diketuai oleh Chris Martin, bekerjasama dengan FIFA untuk menyusun persembahan yang akan dilakukan nanti.

Bagaimanapun, Infantino tidak menjelaskan sama ada Coldplay akan membuat persembahan dalam perlawanan akhir tetapi menyebut bahawa Martin dan pengurus Coldplay iaitu Phil Harvey akan terlibat dalam memilih artis yang akan tampil.

“Saya boleh mengesahkan pertunjukan separuh masa pertama pertama dalam sejarah Piala Dunia Fifa akan berlangsung di New York, New Jersey, dengan kerjasama Global Citizen,” kata Infantino di Instagram.

FIFA Coldplay
Gianni Infantino dan Tunku Mahkota Ismail

“Ini akan menjadi detik bersejarah untuk Piala Dunia dan persembahan yang sesuai dengan acara sukan terbesar di dunia.

“Kami juga bercakap tentang bagaimana Fifa akan mengambil alih Times Square untuk hujung minggu terakhir Piala Dunia pada 2026, semasa perlawanan akhir gangsa dan perlawanan akhir.

“Ini akan menjadi dua perlawanan yang luar biasa, menampilkan beberapa pemain terbaik di dunia, dan cara yang lebih baik untuk meraikannya daripada di Times Square yang bersejarah di New York City.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Chris Martin dan Phil Harvey dari Coldplay, yang akan bekerjasama dengan kami untuk memuktamadkan senarai artis yang akan membuat persembahan semasa persembahan separuh masa, serta di Times Square.”

Sebanyak 48 pasukan akan bertanding dalam kejohanan itu dengan 104 perlawanan, berbanding 64 perlawanan sebelum ini, termasuk pusingan kalah mati tambahan.