Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa kepada gelaran Tan Sri buat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.

Darjah Kebesaran tersebut dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Berusia 58 tahun, Tan Sri Hamidin merupakan salah seorang daripada 116 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang yang diadakan di Istana Negara itu.

Hamidin mula terlibat dengan pengurusan persatuan bola sepak selepas memikul tanggungjawab selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dari 1998 hingga 2013.

Beliau kemudiannya menjawat jawatan di Kelana Jaya (FAM) sebagai Setiausaha Agung pada 2013 apabila menggantikan Datuk Seri Azzuddin Ahmad dimana badan induk bola sepak negara pada ketika itu di bawah kepimpinan Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Hampir enam tahun, Hamidin kemudiannya dilantik sebagai Presiden FAM pada Julai 2018 bagi menggantikan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Beliau memegang tugasan selaku Presiden FAM yang ketujuh itu sehingga ke hari ini. Malah, beliau juga pada ketika ini turut bertindak selaku Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.