Jawatan sebagai Presiden Persaatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan antara bahan perbincangan peminat bola sepak tanah air selepas Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan kongres bagi penggal 2025-2029 yang dijadual berlangsung pada 15 Februari.
Salah seorang tokoh korporat yang pernah bekerja dalam badan tersebut iaitu Sayf Ismail kemudiannya secara terbuka menyuarakan minatnya untuk menerajui badan bola sepak negara.
Baca Juga:
- Enggan Campuri Urusan FAM, Namun Hannah Yeoh Akui Kecewa Hamidin Tak Pertahan Jawatan
- Hamidin Umum Tak Pertahankan Jawatan Presiden FAM
- Hamidin Dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota, Bawa Gelaran Tan Sri
Menerusi laman media sosial X miliknya, Sayf kemudiannya menyenaraikan manifesto yang telah dirangka sekiranya beliau dipilih sebagai pengganti kepada Tan Sri Hamidin.
Pertama, Sayf berpendapat FAM perlu lebih telus dan badan itu perlu diwakili oleh individu yang tulus baik di peringkat EXCO atau sekretariat.
(1) Pertama: Pengurusan FAM haruslah Telus dan FAM haruslah diwakili oleh mereka yg 'Tulus' baik di peringkat Exco atau Sekretariat.
Utk memastikan yg ada ini 'Tulus', ketelusan dalam pengurusan dan tadbir urus diperlukan… pic.twitter.com/SUW5DqPuUO
— Sayf (@Sayf_ismail) December 28, 2024
Kedua ialah sebagai badan induk bola sepak di negara ini, FAM perlu mereka semula piramid bola sepak Malaysia agar lebih jelas difahami dan memberikan gambaran kepada mana-mana bakat muda yang mahu serius dalam industri bola sepak.
(2) Sy tak pernah lihat Piramid Bolasepak Negara yg lengkap di keluarkan oleh FAM.
FAM dan ahli gabungan perlu Me-Reka semula Piramid utk memberi peluang kpd sesiapa di Malaysia yg mempunyai impian menjadi pemain bolasepak profesional… mendapat peluang tersebut pic.twitter.com/qui9mxolfe
— Sayf (@Sayf_ismail) December 28, 2024
Ketiga, badan tersebut harus lebih proaktif dalam menjaga saingan liga dan menyelesaikan masalah yang sering berlaku seperti tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.
(3) Liga Super pun tgh huru-hara dan apakah nasib Liga Premier kita?
FAM Harus memberi panduan dan juga memikirkan cara utk menjadikan liga lebih kompetitif tanpa lupa bahawa bakat tempatan harus diberikan peluang…
also, bagaimana nk settle masalah gaji x bayar nie? pic.twitter.com/QLxg2ITgHd
— Sayf (@Sayf_ismail) December 28, 2024
Keempat, revolusi skuad kebangsaan yang sedang dilakukan ketika ini perlu diberikan sokongan penuh dan bakat tempatan perlu diketengahkan dalam projek ini seiring pemain warisan dan naturalisasi.
(4) Revolusi #harimaumalaya juga harus disokong dgn bakat-bakat tempatan yg mampu bermain bersama pemain2 naturalisasi & warisan.
Ini mungkin mengambil masa tetapi perlu dilakukan utk jangka masa panjang… pic.twitter.com/v4usLL6xb1
— Sayf (@Sayf_ismail) December 28, 2024
Kelima, FAM perlu memenangi semula semua pemegang taruh dalam bola sepak tanah air seperti penyokong, sektor swasta dan juga kerajaan.
(5) FAM juga harus memenagi semula kepercayaan semua pemegang taruh termasuk para penyokong, sektor swatsa dan kerajaan.
FAM juga harus sedar bahawa impak Bolasepak menjangkaui apa yg berlaku 'atas padang' sahaja… pic.twitter.com/0a9NkBLDCQ
— Sayf (@Sayf_ismail) December 28, 2024
Setakat ini, hanya Sayf yang menyediakan manifesto manakala calon lain yang dicanang sebagai pengganti kepada Tan Sri Hamidin masih belum mengeluarkan manifesto mereka.