Hampir 1.8 juta pelancong dari China direkodkan berkunjung ke Malaysia dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini susulan pelaksanaan pengecualian visa kepada rakyat negara itu.
Memetik Bernama, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata sejak dasar berkenaan dilaksanakan pada 2024, jumlah ketibaan pelancong China melonjak daripada 1.6 juta pada 2023 kepada 3.4 juta pada tahun lepas.
Baca Juga:
- Lebih 6,000 Rakyat Malaysia Lepaskan Kewarganegaraan Untuk Jadi Warga Singapura Tahun Ini

- ‘Bila Di Indonesia?’ – Warga Seberang Kagum Sistem Malaysia, Timbul Persoalan Di Hati

- Donald Trump Desak Bos Intel Berkelahiran Malaysia Letak Jawatan Serta-Merta

Beliau berkata kementerian dengan kerjasama persatuan agensi pelancongan giat melaksanakan pelbagai inisiatif promosi bagi menarik kedatangan pelancong China, khususnya golongan Muslim.
“Antaranya, kita membawa lebih 100 imam dari China dan Eropah untuk melihat sendiri konsep pelancongan mesra Muslim yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai usaha kerajaan menarik pelancong Muslim dari China ke Malaysia.