Nama Ahmad Aslam menjadi bualan ramai selepas tular berita anak perempuan Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania menjadi isteri kedua kepada pemuda tersebut.

Baru-baru ini Aslam telah membuka akaun TikTok baharu, menggunakan gambar lengkap berpakaian Grab dan nama akaun memakai @aslamgrab.

Baca Juga:

Aslam dipercayai membuka akaun TikTok baharu dipercayai bagi memberikan pencerahan mengenai topik ‘Aslam Grab’ yang menjadi bualan netizen sebelum akaun media sosial itu dibuka.

@aslamgrab

♬ original sound – aslam – aslam

“Kelmarin saya tengah main telefon bimbit lepas itu ada orang cakap dekat saya, asal orang cakap kau bawa Grab?

“Lepas itu saya macam pelik siapa pula beritahu? Jadi saya pun tengok di media sosial baru tahu.

“Memang betul pun, saya pernah buat Grab tapi tahun 2022 tak sampai enam bulan sekarang dah tak buat,” kongsi Aslam semasa membuat sesi LIVE di TikTok buat pertama kali.

Menurutnya, sebelum bekerja Grab, dia ada membuat kerja lain. Kemudian dia cuba membuat Grab selepas melihat beberapa group yang menyatakan platform e-hailing itu dapat memberikan keuntungan yang banyak.

Jelas Aslam lagi, dia buat Grab juga pada tahun 2022 itu kerana mahu menggunakan sepenuhnya kereta yang dibeli ketika itu.

Sumber Gambar: TikTok @aslamgrab
'Handsome Orangnya, Patut Isteri Dua' – Ramai Gadis Cuba Try 'Aslam Grab'
Sumber Gambar: TikTok @aslamgrab
Sumber Gambar: TikTok @aslamgrab
Sumber Gambar: TikTok @aslamgrab

Walaupun akaun tersebut baru sahaja dibuat, didapati jumlah pengikutnya sudah mencecah lebih 21,000 dan lebih 27.8 ribu likes daripada dua video dimuat naiknya.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, dilihat rata-rata ramai gadis ‘cuba try‘ Aslam.

Ramai mengakui ketampanan suami kepada Marissa dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.

Untuk rekod, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Thailand ketika Misya sedang menjalani ibadah umrah pada 27 Disember tahun lalu.

Sebelum ini ibu mertuanya, Abby Abadi mendedahkan dia tidak nampak Aslam sebagai seorang suami yang boleh berpoligami.

Sementara itu pula, Marissa meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi mengenai hubungannya dengan Aslam.

Ini kerana itulah kehidupan yang mereka pilih (hidup berpoligami). Marissa juga meminta orang ramai mendoakan kebahagian mereka berdua.