Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh memberikan sebab mengapa pasukan Malaysia dan Oman tidak dibenarkan menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 hari ini.
Semalam, ketua jurulatih Oman iaitu Jaroslav Silhavy meluahkan kekecewaan mengenai kualiti padang dan juga mempersoalkan mengapa pasukannya tidak dibenarkan menjalani latihan di stadium sehari sebelum hari perlawanan.
Baca Juga:
- Jaroslav Silhavy: Padang SNBJ Tidak Bersedia Untuk Digunakan
- TERKINI: Malaysia Tolak Tawaran Anjurkan Sukan Komanwel 2026
- Analisis Vocket: Oman Dapat Ruang, Malaysia Tak Agresif Masa Bertahan
Menerusi laman media sosial miliknya, Hannah menjawab kedua-dua pasukan tidak dibenarkan untuk menjalani latihan di SNBJ kerana tidak mendapat kebenaran dari Komisioner Perlawanan yang dihantar oleh FIFA kerana hujan seringkali terjadi pada waktu petang sejak kebelakangan ini.
1.FIFA Match Commissioner (MC) tidak benarkan pasukan Malaysia & Oman berlatih di SNBJ kerana hujan pada waktu petang kebelakangan ini
2.Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan 👍
3. Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu pic.twitter.com/EyhuaiFERG— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 25, 2024
Namun begitu, Hannah Yeoh memakluman bahawa padang SNBJ tersebut telah mendapat kelulusan daripada Komisioner Perlawanan untuk digunakan bagi pertembungan antara Malaysia menentang Oman.
Ketika sidang media, Silhavy menegaskan padang SNBJ tidak bersedia untuk dijadikan sebagai medan perlawanan antara kedua-dua pasukan.
“Malangnya kami diberitahu yang cuaca Malaysia sekarang banyak hujan. Kami percaya yang padang tidak akan bersedia untuk perlawanan dan tidak baik untuk perlawanan. Secara fizikal dan teknikalnya, pemain tidak sesuai untuk bermain di situ.
“Semalam (Ahad) pun kami diberitahu yang kami tidak akan berlatih di padang Bukit Jalil kerana keadaannya tidak bagus untuk latihan. Pasukan Malaysia juga tidak boleh berlatih di sana. Ia memang tak bagus untuk kedua-dua pihak,” kata Jaroslav Silhavy.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh Hannah, permukaan padang dilihat lebih baik berbanding sebelum ini namun penilaian penuh perlu dilakukan selepas perlawanan pada malam ini.