Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh memberi penjelasan mengenai acara Formula 1 di Malaysia.
Menerusi laman media sosial miliknya, Hannah Yeoh menjawab soalan di Parlimen mengenai kebarangkalian penganjuran Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang.
Baca Juga:
- ‘Mat Salih’ Mahu Litar Sepang Dikembalikan Dalam Kalendar Formula 1

- Audi Bakal Sertai Kejohanan Formula 1 Mulai Musim 2026

- ‘Dia Kembali Semula’ – Polis Buru Individu Misteri Pandu Kereta Formula 1 Di Lebuh Raya

Hannah Yeoh Anggap F1 Bukan Keperluan Untuk Malaysia
“F1 merupakan satu aset good to have dan bukan satu keperluan buat masa ini kerana kos yuran hak penganjuran tinggi sekitar RM300juta dan kos penyediaan litar RM10 juta setahun.
“Kalendar perlumbaan F1 sangat padat dan sekiranya Malaysia berminat, kita perlu bersaing dengan negara lain untuk merebut tempat di dalam kalendar perlumbaan itu.
Menjawab soalan di Parlimen mengenai kebarangkalian penganjuran Formula 1 (F1) di @sepangcircuit:
(1) F1 merupakan satu aset “good to have” dan bukan satu keperluan buat masa ini kerana kos yuran hak penganjuran tinggi sekitar RM300juta dan kos penyediaan litar RM10juta SETAHUN;
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) August 21, 2025
“F1 di negara jiran Singapura dan bakal di Thailand boleh menjejaskan pulangan penganjuran di Malaysia.
“Walau bagaimanapun, Malaysia TIDAK menutup peluang sepenuhnya untuk F1 kembali ke Malaysia jika ada pihak korporat yang berminat untuk menampung keperluan bagi yuran hak penganjuran F1.

“Litar Sepang kini menumpukan usaha kepada penganjuran acara MotoGP di Malaysia yang mampu memberikan nilai dan manfaat ekonomi yang lebih tinggi dengan kos yuran hak penganjuran yang jauh lebih rendah.
“Kos penganjuran MotoGP ialah satu suku (1/4) kos berbanding yuran hak penganjuran F1,” tulisnya.
Sebelum ini, peminat Formula 1 di luar negara rata rata mahu Litar Sepang dikembalikan dalam kalendar perlumbaan.

Mereka akui rindu dengan Litar Sepang. Kerana litar itu sangat mencabar dan seringkali memberikan kejutan.
Selain itu Litar Sepang juga seringkali menjadi litar yang boleh memberikan kejutan atau plot twist dalam penentuan kejuaraan menurut mereka.