Sebuah kelab bola di Republik Czech membenarkan pemain berusia 22 tahun bermain mewakili kelab selepas bapanya dilaporkan membayar wang €20,000 (~RM99,000) kepada kelab tersebut.

Menurut laporan Sports Bible, FK Usti Nad Labem merupakan kelab yang bermain dalam divisyen tiga di Republik Czech dan kini menduduki tangga ke-enam dalam liga dengan mengumpul sebanyak 10 mata selepas enam perlawanan pertama mereka.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Usti nad Labem

Kelab tersebut difahamkan melakukan sesuatu yang sangat luar biasa apabila menandatangani pemain baharu bernama Martin Podhajsky yang sememangnya tidak mempunyai pengalaman untuk bermain bola sepak.

Podhasjsky, pemain baharu kelab itu dilaporkan adalah seorang pelajar jurusan undang-undang dan dikatakan bekerja untuk syarikat Viagem iaitu sebuah syarikat hartanah milik presiden Pemysl Kuban.

Sumber Gambar: The Guardian

Apa yang mengejutkan adalah pengalaman beliau dalam sukan bola sepak hanya terhad dalam permainan video FIFA semata-mata. Namun, beliau tetap didaftarkan sebagai pemain bola dalam Persatuan Bola Sepak di negara tersebut.

Perancangan kelab tersebut adalah untuk membiarkan beliau bermain selama 10 minit serta berlatih bersama pasukan sebelum membuat penampilan sulungnya.

game fifa
Sumber Gambar: Usti nad Labem

Podhajsky dijangka akan menggantikan kapten pasukan, Jakub Mares dan bermain selama sepuluh minit sebagai penyerang berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.

Menariknya, keputusan itu sepertinya direstui oleh penyokong kelab dan ramai antara mereka yang menyokong keputusan yang dibuat. Tinjauan dari iDNES menunjukkan 63% penyokong kelab menyatakan tidak mempunyai masalah dengannya bahkan percaya ia adalah win-win situation.