Bergelar Influencer serta berjaya muncul sebagai pengarah filem pada usia yang muda, Syahmi Sazli serta pasangannya, Anissa Faizul baru-baru ini telah menjadi mangsa kecaman segelintir netizen gara-gara memberi komen isu yang kotor di Kelantan.

Difahamkan isu ini yang pada awalnya diutarakan oleh Anissa Faizul menerusi laman media sosial di mana terdapat segelintir netizen yang berpendapat usahawan ini seolah memberi mesej yang negatif mengenai keadaan politik dalam negeri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Isu air yang kotor tersebut secara tidak langsung telah membuatkan Anissa Faizul dikecam segelintir netizen. Bukan itu sahaja, terdapat netizen yang mahu memboikot bisnes pasangan ini.

Hal ini secara tidak langsung mendesak Syahmi Sazli menerusi laman Facebook beliau tampil memberi penjelasan isu yang berlaku. Berikut merupakan antara respon segelintir netizen terhadap isu ini yang menyaksikan beliau diperli oleh sesetengah individu.

Sumber: Facebook Anak Kelantan
Sumber: Facebook Anak Kelantan
Sumber: Facebook Anak Kelantan

Hal ini secara tidak langsung mendesak Syahmi Sazli menerusi laman Facebook beliau untuk tampil memberi penjelasan isu yang berlaku.

Menurut Syahmi, mereka sama sekali tidak mengalami masalah melibatkan isu air. Walau bagaimanapun, isu yang diutarakan Anissa Faizul adalah berkaitan seorang wanita di sebuah kawasan di Kelantan yang sudah 6 bulan terpaksa berhadapan dengan air yang kotor.

Lebih parah, wanita ini turut mengalami kesukaran untuk menghasilkan kek gara-gara kesukaran mendapatkan air yang bersih.

Sehubungan dengan itu, Syahmi Sazli turut memaklumkan redha sekiranya diboikot hanya kerana bercakap perkara yang benar mengenai negeri Kelantan.