Rakyat Malaysia sememangnya cukup terkenal dengan budi pekerti dan ramah dengan sesiapa sahaja tanpa mengira asal usul negara seseorang.
Bagaimanapun, seorang pemuda dari Korea Selatan yang datang melancong ke Malaysia mendakwa dirinya dihargai serta dilayan dengan baik dek kerana berasal dari negara tersebut.
“Sebab mengapa saya tinggal di Malaysia, Mari saya bercakap dengan anda. Di Korea, hanya sebab anda seorang warganegara adakah disambut dengan baik atau pernah rasa dihargai?
“Di sini ia berlaku, walaupun saya tidak melakukan apa-apa, hanya sebab saya seorang berasal dari Korea Selatan, orang akan menyukainya, sambut saya,” dakwanya.
Tambahnya, meskipun sudah tinggal di luar negara dalam tempoh yang lama, dia rasa mudah mengadaptasi dengan keadaan di Malaysia dengan baik kerana warga tempatan yang peramah.
Satu perkara yang dibangkitkan juga bagaimana kehidupan di sini juah lebih murah kerana sebagai contoh dengan sejumlah 600,000 won (~RM1822.73) sahaja sudah boleh menyewa sebuah rumah yang lengkap dengan tiga buah bilik serta fasiliti gim, kolam renang dan manfaat kemudahan lain.
Jika di negara asalnya, untuk mendapatkan apartment studio sememangnya mustahil dengan harga sebegitu.
Bagaiamanapun, dakwaan lelaki Korea Selatan itu langsung dibidas oleh warga tempatan kerana majoritinya berpendapat dia tersalah sangka dengan layanan baik rakyat Malaysia hanya berlaku kepada warga Korea Selatan dan tampak seperti perasan dirinya bagus.
Ramai percaya rakyat Malaysia sedia melayan semua sama rata sahaja terhadap pelancong dan memang dikenali dengan sifat keramahan di peringkat global.
@secondlife_of_hope 말레이시아에 사는 이유 #말레이시아 #쿠알라룸푸르 #malaysia #kualarumpur
Ekoran menerima tempelakan dari warga tempatan, lelaki itu tampil memberi penerangan apa yang dimaksudkan dengan isi kandungan video itu dan memohon maaf jika ada yang tersalah tafsir dengan percakapan itu.
“Terima kasih banyak kerana menonton video saya.
“Apabila saya berkata bahawa orang ramai menyambut baik saya kerana saya orang Korea, saya tidak bermaksud untuk menunjukkan rasa keunggulan. Semasa saya mula-mula tiba di Malaysia, saya tidak mempunyai kawan dan berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan negara dan budaya baru.
“Namun, kawan-kawan Malaysia saya menyapa saya dengan mesra, malah ada yang bercakap dalam Bahasa Korea. Terima kasih kepada mereka, saya berasa seperti di rumah sendiri. Kini, saya mempunyai ramai kawan Malaysia yang hebat, dan Malaysia benar-benar terasa seperti rumah kedua saya.
“Jika kata-kata saya menyebabkan sebarang salah faham atau mengguris perasaan, saya memohon maaf dengan tulus ikhlas. Saya akan lebih berhati-hati semasa membuat video di masa akan datang. Saya sangat menyayangi Malaysia,”.