Ketiadaan beberapa tonggak di bahagian serangan termasuk penyerang naturalisasi, Romel Morales, Darren Lok, dan Syafiq Ahmad bakal memberi peluang kepada Haqimi Azim Rosli untuk menyinar ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Kyrgyzstan malam esok.
Beliau dilihat kerap diberi peranan sebagai pemain ‘nombor 7’ dan ‘nombor 9’ sepanjang kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula 27 Mei lalu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Justeru itu, Haqimi tekad ambil peluang bantu ledak gol dan melakukan sehabis baik jika diturunkan kesebelasan utama.
“Sekiranya diberi peluang saya akan buat yang terbaik, tapi sekarang kita ada Paulo (Josue) dan ramai juga boleh bermain posisi nombor 9.
“Siapa yang diletakkan untuk perlawanan (menentang Kyrgyzstan) nanti buat yang terbaik. Jika saya diletakkan sebagai nombor 9, saya akan berikan 100 peratus untuk tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang saya boleh bermain di posisi itu.
“Tanggungjawab itu besar sebab saya juga sudah lama tidak beraksi bersama pasukan senior Harimau Malaya. Ia akan beri saya pengalaman dan saya kena banyak belajar,” katanya dipetik dalam Berita Harian.
Nooa Laine assist, Haqimi Azim finish! 🇲🇾#HarimauMalaya #AsianCupU23 pic.twitter.com/Kjrw9QFtp1
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 23, 2024
Ketika saingan Piala Asia B-23 di Qatar bulan lalu, Haqimi sempat menjaringkan satu gol menarik ketika menentang Kuwait sekaligus menjadi bualan peminat bola sepak tempatan.
Kebanyakan peminat berpendapat, pemain tinggi lampai itu memiliki potensi jika diberi peluang beraksi sebagai penyerang utama dalam setiap perlawanan.
Kemenangan ke atas Kyrgyzstan amat penting bagi mencerahkan peluang mendapatkan tiket automatik layak ke Piala Asia 2027 serta mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.