Salah seorang pemain muda meningkat naik pasukan Kuala Lumpur City dilaporkan semakin hampir untuk menyertai Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Pemain yang dimaksudkan ialah Haqimi Azim Rosli dimana beliau berada dalam radar skuad Red Giants bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selangor
Sumber Gambar: MFL

Isu kewangan yang melanda KL City menyebabkan ramai pemain bintang pasukan memutuskan untuk berhijrah dan menyertai pasukan lain musim ini.

Setakat ini, antara pemain yang sudah meninggalkan skuad ibu kota itu ialah Akram Mahinan yang menyertai Terengganu dan Romel Morales yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelumnya, ketika saingan musim 2023 berlangsung, KL City kehilangan khidmat ketua jurulatih, Bojan Hodak dan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza yang menyertai Persib Bandung di Liga 1 Indonesia.

Haqimi dan seorang lagi pemain muda, T.Saravanan menjadi buruan beberapa kelab Liga Super selepas menampilkan prestasi yang baik musim lalu.

Setakat ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mempunyai dua penyerang iaitu Danial Asri dan seorang lagi pemain import yang baru sahaja dibawa masuk iaitu Ronnie Fernandez.

Sekiranya Haqimi bersetuju untuk menyertai Selangor, maka beliau perlu bersaing dengan dua pemain di atas dan besar kemungkinan pemain berusia 21 tahun ini akan banyak terlibat dalam saingan Piala MFL.

Nama Haqimi mula meningkat naik selepas beliau menjaringkan gol dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 ketika menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika itu pengendali pasukan, Kim Pan-gon memasukkan beliau pada separuh masa kedua dan kemudiannya melepaskan satu voli dalam kawasan penalti yang menghadiahkan jaringan pertama bagi skuad senior negara.