Setiap orang pasti miliki sesuatu barangan yang mempungai nilai sentimental tersendiri; sama ada kecil atau besar nilainya, mahupun barangan baru atau lama.
Baru-baru ini artis popular 90an, Jasmin Hamid berkongsi responnya terhadap orang ramai yang mengata terhadap dirinya yang kenaiki Proton Wira lama.
Baca Juga:
- ‘Duit Takkan Pernah Cukup’ – Respon Khairulaming Isu Mengapa Tidak ‘Upgrade’ Gaya Hidup
- Cuma 19 Unit, Hanya Pelanggan Malaysia Terpilih Sahaja Boleh Miliki Honda Civic Type R FL5
- Apple Store Beri Amaran Tidak Boleh Gunakan Kabel USB-C Android Pada iPhone 15
“Bila BOBOB bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget dekat saya.
“Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke? Itulah dialog yang saya dengar, tetapi saya buat-buat tak dengar,” luah Jasmin di Instagram beliau.
Menurut Jasmin, Proton Wira yang dipanggil ‘BOBOB’ itu digunakan semula untuk pergi makan cendol baru-baru ini selepas beberapa tahun ‘ditidurkan’ ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Walaupun diperkecilkan orang ramai, Jasmin akui sangat gembira dengan cara kehidupannya sekarang.
Perkongsian Jasmin itu telah mendapat pujian netizen. Ramai bersependapat kereta besar dan mahal bukanlah lambang kekayaan seseorang.
“Kadang-kadang yang pakai simple dan kereta biasa itulah yang kaya-raya, jutawan,” komen netizen.