Bekas pemain skuad kebangsaan, Hardi Jaafar mempersoalkan keputusan MFL yang memperkenalkan peraturan 15 pemain import.

Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Hardi menegaskan tindakan ini hanya memberi kesan buruk terhadap pemain tempatan.

Baca Juga:

Hardi Jaafar Kecewa

“Saya cakap ni bukan nak populariti atau apa, saya nak kepada pihak yang mengendalikan Liga Malaysia?

Hardi Jaafar
Hardi Jaafar

“Adakah patut atau tidak setiap pasukan memerlukan khidmat 15 pemain import seramai 15 orang? Kenapa tak letak satu pasukan terus?

“Dalam bahasa kasar, kepala bana korang. Ini semua akan membuatkan pemain tempatan gali kubur dan tanam sendiri.

“Otak kamu pergi mana. Korang sanggup lihat pasukan Kedah, Perak dan Pahang tarik diri dari liga.

Hardi Jaafar
Hardi

“Padahal pasukan ni adalah yang terbaik dengan rekod mereka. Disebabkan satu dua pasukan bermain di ACL, kamu lupakan pasukan yang naikkan nama Malaysia dulu.

“Liga Malaysia sekarang dijajah oleh pemain luar. Bagi pasukan yang ada duit bagus.

Hardi Jaafar
Sumber Gambar: semuanyabola

“Yang tak berada ada duit memang jahanam. Setakat main dengan ramai pemain import, hanya dua pemain tempatan tak payah bangga.

“Kamu hanya bangga dengan piala yang rekod dalam Malaysia. Maaf cakap selamat jahanam Liga Malaysia,” kata Hardi Jaafar.