Buat pengumpul dan penyimpan emas, ada berita baik untuk anda. Bermula tahun hadapan harga emas akan dijangka naik. Waktu tersebut sesuai bagi mereka yang ingin menjual simpanan emas milik masing-masing.

Syarikat barangan kemas, Poh Kong Holdings Bhd menjangkakan harga emas berada dalam aliran meningkat tahun depan untuk mencecah antara AS$1,600 (~RM6,548) hingga AS$1,700 (~RM6,957.25) seauns (bersamaan 28.35 grams) berbanding AS$1,500 (~RM6,138.75) seauns secara purata tahun ini.

Menurut Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Datuk Choon Yee Seiong, berkata ketidaktentuan yang berlaku pada masa ini membuatkan emas dilihat sebagai aset selamat menjadikan harga lebih tinggi dan ia memberi sesuatu yang positif bagi syarikat barangan kemas.

Pihaknya menyasar permintaan terhadap produk berkaitan emas akan kekal berdaya tahan, memandangkan ketidaktentuan global akan mendorong pengguna mengubah portfolio pelaburan mereka daripada ekuiti kepada emas.

Sumber: Malay Mail

Bagi tempoh setahun, harga emas meningkat daripada paras terendah secara purata AS$1,199.98 seauns pada 9 November 2018 kepada paras tertinggi AS$1,552 seauns pada 8 November 2019.

Di samping itu, Poh Kong yang kini mempunyai 94 outlet akan turut menggiatkan lagi usaha digital menerusi penambahan saluran dalam talian yang kini meliputi Lazada, PrestoMall, Shopee dan Superbuy.

Baru-baru ini, Netflix juga mengumumkan akan menaikkan harga perkhidmatan bermula 9 Januari 2020. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netflix Naikkan Harga Perkhidmatan Bermula 9 Januari

Google Play Store Bakal Turut Kenakan Cukai SST 6% Bermula Januari 2020

Sumber