Kunjungan ke bazar Ramadan TTDI telah membuatkan ramai yang mempersoalkan mengenai kualiti dan harga yang ditawarkan.

Dengan hanya kurang 20 hari sebelum habisnya bulan Ramadan, seorang pencipta kandungan, Marissa Wong berkongsi rasa terkejutnya melalui TikTok peribadinya mengenai kenaikan harga yang mengejutkan dengan pilihan makanan yang semakin berkurangan di bazar TTDI.

Baca Juga:

Secawan minuman ringkas dengan harga RM8 dan popiah berharga RM6 menggambarkan kenaikan harga yang mendadak untuk hidangan yang pernah dibeli olehnya.

Bagaimanapun, kemuncak persoalan mengenai harga ini mula berkisar apabila beliau terjumpa kedai burger yang mengenakan caj sehingga RM16 untuk satu burger, tanpa sebarang sampingan atau minuman.

Mengimbas kembali pengalamannya, Marissa menyamakan Bazar Ramadhan TTDI sebagai “bazar T20“, sambil menambah bahawa keuntungan mungkin menjadi niat utama selain daripada kualiti makanan.

Marissa turut merungut kekurangan makanan berbanding tahun-tahun sebelumnya sambil menambah bahawa peniaga pada tahun ini hanya tertumpu untuk memaksimumkan keuntungan.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen yang menganggap bahawa ini adalah sebahagian daripada budaya Malaysia.

Sebahagian pula merasakan bahawa masih ada bazar-bazar di kawasan terpencil yang menawarkan makanan yang lebih enak dengan harga yang berpatutan.

Sumber