Setiap pengeluar kereta ada menghasilkan model kereta varian paling basic spec sekali, khas buat pengguna yang mahukan kereta itu digunakan untuk bergerak dari titik A ke titik B sahaja.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @meinmokhtar berkongsi pengalaman berada di dalam kereta Perodua Axia spec basic.
Baca Juga:
- Cara Cipta Kad Raya Digital Yang Mudah Dan Pantas Menerusi Canva
- ‘6 Hari Doh Tak Dok Air! Pah Guana Tu?’ – Ucapan Raya Air Kelantan Diserang Keluhan Rakyat
- Malaysia Airlines Mohon Maaf Penumpang Hadapi Masalah ‘Check-In’ Untuk Pulang Ke Negara
Beliau terkejut apabila melihat kereta kompak itu betul-betul sangat basic sehingga kekurangan beberapa ciri yang ada pada spec basic untuk model kereta lain.
Tiga gambar dikongsikan oleh akaun Twitter itu menunjukkan kereta tersebut tidak mempunyai meter RPM, butang penghawa dingin dan pemegang siling untuk penumpang.
Boleh tahan gak axia auto basic ni. Betul2 basic. Rpm meter takda. Butang ac takda. Pemegang tepi pun takda. 40k otr,,,, pic.twitter.com/3FBkh5q6Lu
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) April 21, 2023
Hantaran ciapan itu menjadi perbualan netizen. Rata-rata ramai turut sama terkejut apabila melihatkan ciri-ciri asas yang ditawarkan untuk model kereta berkenaan.
Netizen turut berpendapat dengan harga sebanyak RM40,000 itu, pengguna boleh dapat full spec model kereta lain yang jauh lebih besar dan selesa berbanding kereta Axia basic itu.
>meter RPM takde
Ni kereta ke Kriss😭 https://t.co/yD7jsPBUBR
— 🇲🇾dₐᵤₛₜᵤᵣᵢₛₘₒ🇵🇸 (@dxtrxmo) April 22, 2023
Mahal sangat sebenarnya Axia basic RM40k. https://t.co/VnnYxLGm3E
— Muaz (@Muaz_Nasaruddin) April 21, 2023
40k….. https://t.co/EyG46kSbsi
— Robert (@ilysrsli) April 22, 2023
RM40,000 boleh dapat Proton Saga Standard Auto. Kereta sedan, boot space luas, enjin 1.3, basic safety features lengkap 💪🏼 kos service maintenance pun lebih kurang je. Monthly pun RM440-460 je. Jadi la pengguna yang bijak 🔥 pic.twitter.com/IZFw2vo22Y
— Hafiz Anuar (@hafizanuarrr) April 21, 2023
Apa-apa pun, login masuk aplikasi bank masing-masing dan tengoklah kemampuan diri sendiri.
Pada masa yang sama, jangan sebabkan mahu ‘terlalu berjimat’, sampai bahayakan keselamatan diri dengan mengabaikan ciri-ciri safety yang mampu mengurangkan risiko kemalangan.
Maklum balas daripada orang ramai ketika ini, mungkin pengeluar kereta tempatan boleh take note dalam penghasilan kereta asas mampu milik pada masa akan datang.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.