Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba apabila AirAsia kembali menawarkan promosi ‘free seat’ kepada anda dengan harga yang murah ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa.

Jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi ini membolehkan anda mendapatkan harga tiket murah untuk percutian anda.

Baca Juga:

Difahamkan, harga tiket untuk penerbangan domestik seperti ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan sebagainya bermula RM28 termasuk semua sehala dan destinasi lebih jauh di seluruh rantau ini seperti Krabi, Trivandrum dan Bali dengan tambang promosi bermula RM83 termasuk semua sehala serta pelbagai destinasi menarik lain.

Promosi ini juga tersedia untuk penerbangan ke destinasi lain di Asia dengan tambang promosi bermula RM299 termasuk semua sehala ke Taipei, Seoul, New Delhi, Almaty dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini bakal berlangsung hari ini 19 Februari 2024 sehingga 25 Februari 2024 manakala tempoh perjalanan antara 1 September 2024 dan 18 Jun 2025.

Tempahan boleh dibuat di airasia Superapp atau www.airasia.com bermula hari ini. Anda boleh gunakan kad BigPay yang pastinya memudahkan pembayaran anda dan kad tersebut banyak kelebihannya.

Bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia tetapi juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dengan lebih mudah. Tiada kad BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM5.