Filem GOLD yang merupakan filem yang diinspirasikan daripada kisah jaguh badminton paralimpik Malaysia, Cheah Liek Hou bakal ditayangkan semula sebagai penghargaan kepada atlet itu.

Tayangan semula filem itu akan dibuat di beberapa pawagam terpilih setelah kejayaan atlet paralimpik negara itu mempertahankan pingat emas miliknya di Sukan Paralimpik Paris 2024 dalam acara badminton perseorang lelaki bagi kategori kecacatan fizikal SU5.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Cheah Liek Hou seorang yang mengidap masalah Erb Palsy, namu itu tidak menghalangnya untuk menjadi atlet kebangsaan Malaysia dan bergelar jaguh dunia.

Dan kini dia juga menjadi pemenang emas sulung Malaysia di Paris di acara Sukan Paralimpik. Ramai peminat dan netizen memberikan komen terharu dengan kejayaan Cheah terutama sekali selepas mereka menonton filem GOLD.

Jadi bagi yang tidak berkemsepatan menonton filem itu sebelum ini, anda boleh berbuat demikian tidak lama lagi. Ini kerana filem tersebut akan ditayangkan semula.

Penerbit, Astro Shaw mengesahkan tentang tayangan semula filem itu di beberapa pawagam terpilih di tanah air. Ini untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai sendiri kisah legenda hidup itu.

Penerbit Eksekutif filem Gold, yang juga Ketua Astro Show, Raja Jastina berkata: “Tahniah kepada Cheah Liek Hou atas kejayaan ‘gold’ ini. Beliau membawa harapan dan impian Malaysia bersamanya di persada dunia.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami amat bangga dengan perjalanan luar biasa beliau dan semangat serta dedikasinya haris menjadi inspirasi kita semua,” kata Raja Jastina kepada mStar.

Sementara bagi pelanggan Sooka dan Astro boleh sahaja teruskan langganan anda di platform tersebut.