Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024 semalam.
Liek Hou berjaya menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho di Porte de La Chapelle Arena dengan keputusan yang cukup memberangsangkan iaitu 21-13, 21-15 dalam tempoh 41 minit.
Baca Juga:
- Prestasi Malaysia Di Olimpik Paris 2024 Jadi Bahan Satira Rancangan TV Di Amerika
- Hamidin Sifatkan Kim Pan-gon Seperti Orang Gila Talak
- Kecewa Dengan Tindakan Pan-Gon, Hamidin Anggap FAM Jadi Mangsa
Kemenangan ini menyaksikan atlet berusia 36 tahun itu mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di temasya Tokyo pada tiga tahun lalu.
Sebelum menuju ke pentas final, Cheah Liek Hou mempunyai kelebihan dimana beliau menewaskan Suryo ketika aksi peringkat kumpulan A.
Meskipun Suryo cuba untuk menampilkan kebangkitan, namun penguasaan jaguh Malaysia ini sukar digugat dan pemain lawan terpaksa akur dengan tewas dalam dua set.
Kejayaan memenangi emas kali ini menyaksikan Liek Hou bakal menerima ganjaran lumayan sebanyak RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Sementara itu, dalam aksi penentuan pingat gangsa yang berlangsung serentak, seorang lagi pemain negara, Muhammad Fareez Anuar terpaksa akur dengan kehebatan Dheva Anrimusthi, juga dari Indonesia apabila tewas 21-17, 19-21, 12-21.