Seorang ketua jurulatih pastinya mahu bertugas bersama dengan individu yang mudah untuk bekerjsama, perkara itu tidak terkecuali buat Wong Choong Hann.
Perkembangan terkini mengenai perkara tersebut telah disahkan sumber laporan laman MyAllsports.

Baca Juga:
- Ini Senarai Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara
- Tan Bin Shen Tinggalkan BAM, Herry Iman Jadi Sebutan Ramai Sebagai Calon Pengganti
- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton
Hal ini kerana Ketua jurulatih skuad badminton Hong Kong itu telah membentuk kombinasi ‘Team Malaysia’ dalam barisan kejurulatihan negara tersebut.
Bukan satu atau dua tetapi tiga jurulatih kelahiran Malaysia yang dipanggil oleh Choong Hann untuk memantapkan skuad Hong Kong.
Barisan jurulatih dimaksudkan ialah Tan Bin Shen yang baharu sahaja berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jeremy Gan dan Loh Wei Sheng.
Bin Shen memainkan peranan penting kepada kekuatan Aaron Chia-Soh Wooi Yik hingga berjaya menjuarai Kejohanan Dunia serta dua edisi berturut-turut membawa pulang pingat gangsa Sukan Olimpik.
Selain Bin Shen, Jeremy Gan dan Wei Sheng juga sebelum ini pernah membimbing skuad badminton Malaysia.
Jeremy, 45 tahun mencipta nama selaku jurulatih beregu campuran Jepun pada 2019 hingga berjaya menjadikan gandingan Yuta Watanabe-Arisa Higashino antara yang terbaik di dunia.
Manakala, Wei Sheng yang berperanan selaku jurulatih perseorangan wanita skuad badminton Malaysia hanya pada usia 26 tahun berhijrah ke Singapura pada 6 September 2022.
Bersama Hong Kong, beliau akan turut bertindak selaku penolong kepada ketua jurulatih bagi sektor perseorangan.
Apa jua yang berlaku sekali pun, jurulatih badminton dari Malaysia jelas menjadi pilihan banyak pasukan dari luar negara.
Dalam perkembangan lain mengenai jurulatih dari Malaysia, Tan Kim Her baharu sahaja diumumkan sebagai jurulatih skuad beregu India.